Guru Besar telah merasmikan Bulan Matematik 2012 disertai dengan gimik pelancarannya melalui potongan riben yang dilakukan semasa sesi perhimpunan pagi tadi. Sepanjang bulan Matematik ini, pelbagai aktiviti telah direncanakan kepada murid-murid. Antaranya :
Tahun 1 : Gerak Asas Matematik (Celik Nombor)
Tahun 2 : Gerak Minda Matematik (Celik Asas Operasi)
Tahun 3 : Gerak Pantas Matematik (Kenal Lattice)
Tahun 4 : Gerak Maju Matematik (Blok Sifir)
Tahun 5 : Gerak Tepat Matematik (Blok Sifir)
Tahun 6 : Gerak Cemerlang Matematik (Pantas Jawab)
Disamping itu juga, diadakan program Gerak Sifir khusus untuk murid tahun 4, 5 dan 6. Ia dilaksanakan pada setiap perhimpunan pagi Khamis selama 5 minit di mana beberapa orang murid akan dipanggil untuk membacakan sifir dan diikuti oleh semua murid lain. Kemudian, beberapa orang murid pula akan disoal secara rawak. Murid yang dapat menjawab sifir dengan betul akan diberikan hadiah. Semoga murid-murid SKBG akan merebut peluang sepanjang bulan Matematik ini untuk menyertai pelbagai acara yang dipertandingkan. Tahniah dan syabas kepada Ketua Panitia Matematik, Pn. Sriyati dan ahli-ahli di bawahnya kerana berjaya merealisasikan Bulan Matematik ini.Sekian, terima kasih.
Isnin, 9 Julai 2012
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Catatan Popular
-
Pada hari ini, telah diadakan aktiviti kibar Jalur Gemilang peringkat Sekolah sempena bulan Kemerdekaan dan Hari Kemerdekaan yang baru dirai...
-
Mesyuarat Agung PIBG diadakan 2 kali setahun bertujuan untuk membubarkan AJK yang lama dan digantikan dengan barisan kepimpinan yang baru b...
-
Bermula minggu ini, guru-guru tahun 6 akan mula melaksanakan P n P di dalam kelas tahun 6 mengikut Jadual Anjal yang telah diatur oleh pihak...
-
Tema Hari Guru pada tahun ini ialah "Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara". Sambutan Hari Guru...
-
Bermula jam 8:00 pagi, ibu bapa mula hadir ke sekolah bagi mendengar sesi Taklimat yang disampaikan oleh Pegawai PPD Kuantan. Program ini me...
-
Pada hari ini diadakan majlis ringkas sempena menyambut Bulan Kemerdekaan yang diraikan pada 31 Ogos pada setiap tahun. Pelbagai aktiviti ya...
-
Bermula pada hari Isnin sehingga Khamis, semua murid tahun 3 hingga 6 menduduki Peperiksaan Akhir Tahun. Peperiksaan yang melibatkan kesemua...
-
Seawal jam 6:30 pagi, aktiviti pendaftaran dimulakan. Para jemputan, ibu bapa/penjaga, guru-guru dan murid-murid kelihatan begitu...
-
Murid-murid yang telah dipilih menjadi Pengawas Sekolah dan Pengawas Pusat Sumber Sekolah telah diraikan dalam satu majlis rasmi pemberian w...
-
Pelbagai aktiviti telah dirancang dan akan dilaksanakan sepanjang selepas tamatnya peperiksaan UPSR. Setiap minggu di letakkan dibawah satu ...
0 comments:
Catat Ulasan