Isnin, 13 Februari 2012

Majlis Watikah Pelantikan Pengawas Sekolah dan PSS.

Murid-murid yang telah dipilih menjadi Pengawas Sekolah dan Pengawas Pusat Sumber Sekolah telah diraikan dalam satu majlis rasmi pemberian watikah pelantikan. Watikah ini disampaikan sendiri oleh tuan Guru Besar kepada mereka. Semoga dengan watikah yang diterima itu dapat menzahirkan mereka kepada tugas yang lebih baik.

Jumaat, 10 Februari 2012

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah 1433H /2012 M

Tema Sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini ialah "Persefahaman Asas Perpaduan Ummah". Sambutan pada tahun ini sangat meriah. Semua murid dan guru berarak di sekitar Kampung Bukit Goh sambil melaungkan Selawat ke atas Nabi. Setelah selesai perarakan, semua murid dan guru dijamukan dengan beberapa persembahan daripada murid. Setelah selesai persembahan, sudah pasti para murid dan guru menikmati juadah yang menyelerakan disediakan di kantin sekolah. Sekian, terima kasih.

Catatan Popular