Isnin, 30 April 2012

Kejohanan Merentas Desa


Kejohanan Merentas Desa Peringkat Sekolah SK LKTP Bukit Goh diadakan pada hari Isnin 30 April 2012 bermula jam 8.00 pagi. Aktiviti ini melibatkan semua murid tahun 4, 5 dan 6. Acara tahunan ini merupakan acara rasmi yang menyaksikan penglibatan dari pelbagai pihak terutamanya PIBG sendiri, Polis Bukit Goh, pasukan KRT Bukit Goh, Klinik Kesihatan Bukit Goh, RELA Bukit Goh, guru-guru dan kakitangan sekolah.

Alhamdulillah, aktiviti ini berjalan dengan lancar. Murid-murid juga menzahirkan rasa kegembiraan mereka melalui kesungguhan semasa larian. Terima kasih sekali lagi kepada semua pihak yang membantu secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan aktiviti ini. Harapan pihak PIBG agar sekolah dapat meneruskan lagi aktiviti-aktiviti seperti ini agar murid kita sentiasa sihat dan cergas untuk hadir ke sekolah selalu.

Jumaat, 13 April 2012

Mesyuarat Kali Pertama AJK PIBG 2012-2014

Notis mesyuarat telah pun dikeluarkan oleh setiausaha PIBG kepada semua AJK PIBG yang baru dilantik bagi meneraju Jawatankuasa Persatuan Ibu Bapa dan Guru untuk tempoh 2 tahun berikutnya bermula 2012 sehingga 2014. Agenda yang telah dirancang ialah :

a) Ucapan Pengerusi.
b) Ucapan Penasihat.
c) Perkara berbangkit Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-36.
d) Laporan kewangan berakhir Mac 2012.
e) Menubuhkan biro-biro berkaitan.
f) Perkara-perkara baru.
g) Hal-hal lain.

Mesyuarat telah berlangsung dengan begitu panjang lebarnya. Satu persatu agenda dituruti dan pelbagai cadangan diperhalusi. Semuanya untuk tujuan penambahbaikan organisasi PIBG. Semoga PIBG akan sentiasa sederap bersama dengan pihak sekolah dalam mengejar kecemerlangan SK LKTP Bukit Goh. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 5:30 petang.

Sekian, terima kasih.

Catatan Popular