Selasa, 24 Julai 2012
Peperiksaan Percubaan UPSR 2012
Pada hari ini, seramai 145 orang calon UPSR 2012 akan diuji mindanya. Pada kali ini juga menyaksikan murid-murid tahun 6 pertama kalinya menduduki peperiksaan di dalam dewan. Peperiksaan percubaan yang dikendalikan adalah 95% mengikut standard prosedur UPSR yang sebenar. Diketuai oleh Ketua Pengawas bertauliah, En. Zulkifli bin Tawang diikuti oleh 8 orang guru-guru pengawas yang lain. Seawal pagi, sebelum memasuki Dewan, Ustaz Aminuddin telah mengetuai pembacaan doa bagi mengiringi murid-murid ke Dewan Seri Perdana. Semoga, dengan rahmat Yang Maha Esa seramai 145 calon UPSR ini akan dapat menjawab soalan yang dikemukakan dengan baik sekali. Sekian, terima kasih.
Isnin, 23 Julai 2012
Sambutan Ihya Ramadhan Peringkat Sekolah 1433H/2012M
Panitia Pendidikan Islam telah merencanakan pelbagai program sepanjang meraikan bulan yang penuh rahmat iaitu bulan Ramadhan (bermula 23/07/2012-15/08/2012).
Antara aktivitinya ialah:
1. Indahnya Pagi Ramahan
- Memperdengarkan Alunan Zikir
- Bacaan ayat-ayat Suci Al-Quran
- Nasyid
2. Tadarus Al-Quran
3. Menghafaz Surah-surah Pilihan
4. Khatam Al-Qurann
5. Majlis Berbuka Puasa
6. Edaran Buletin
7. Tabung Infaq
8. Tazkirah Murid
Semoga usaha ini mendapat keberkatan dan rahmat di sisi ALLAH S.w.t
Sekian, terima kasih.
Antara aktivitinya ialah:
1. Indahnya Pagi Ramahan
- Memperdengarkan Alunan Zikir
- Bacaan ayat-ayat Suci Al-Quran
- Nasyid
2. Tadarus Al-Quran
3. Menghafaz Surah-surah Pilihan
4. Khatam Al-Qurann
5. Majlis Berbuka Puasa
6. Edaran Buletin
7. Tabung Infaq
8. Tazkirah Murid
Semoga usaha ini mendapat keberkatan dan rahmat di sisi ALLAH S.w.t
Sekian, terima kasih.
Jumaat, 20 Julai 2012
Majlis Muafaqah & Hari Pelaporan Tahun 6
Seawal jam 7:30 pagi, semua murid dan guru-guru tahun 6 berkumpul di dewan bagi menghadiri Majlis Muafaqah dan sempena Hari Pelaporan. Majlis dimulakan dengan bacaan Yasin diikuti dengan persembahan slideshow yang padat dengan informasi berkaitan analisa peperiksaan Pengesanan dan Pra Percubaan UPSR yang diadakan baru-baru ini. Kemudian, sedikit komentar berguna daripada Cikgu Mansor bin Deraman, selaku orang yang agak lama dalam menguruskan murid-murid UPSR berkaitan peperiksaan. Para ibu bapa yang hadir kelihatan amat berpuas hati dengan layanan guru-guru. Terima kasih juga kepada YDP PIBG yang sempat memberikan ucapan aluan kepada hadirin yang hadir. Diselangi dengan waktu rehat selama 30 minit, para jemputan menjamu selera.Selesai jamuan, sesi pelaporan bermula sehinggalah tamat sekitar jam 11:30 pagi. Sekian, terima kasih.
Khamis, 19 Julai 2012
Majlis Penyerahan Dewan Seri Perdana
Pada hari Khamis, jam 11:00 pagi, majlis penyerahan Dewan Seri Perdana berlangsung dengan lancar. Majlis menyaksikan pihak Kementerian Pelajaran Malaysia menandatangani dan melengkapi kepeluan semua dokumen-dokumen yang berkaitan dengan pihak kontraktor dan pihak sekolah. SK LKTP Bukit Goh amat bertuah kerana merupakan satu-satunya sekolah rendah yang memiliki Dewan Sekolah. Diharapkan agar semua pihak dapat memanfaatkan kegunaan dewan ke arah kebaikan. Sekian, terima kasih.
Rabu, 18 Julai 2012
Gotong Royong Sempena Majlis Penyerahan Dewan Sri Perdana
Pada hari ini, semua warga SKBG akan bersama-sama melaksanakan aktiviti gotong-royong membersihkan seluruh kawasan sekolah. Ia diadakan bersempena dengan majlis penyerahan Dewan Sri Perdana pada hari esok bersamaan Khamis 19/07/2012. Aktiviti ini diadakan bermula jam 11:00 pagi mengikut jadual tugas yang telah ditetapkan oleh GPK Pentadbiran. Aktiviti ini bertujuan meningkatkan lagi tahap kebersihan dan keceriaan di kawasan sekolah. Terima kasih ditujukan kepada semua warga SKBG termasuklah pekerja sekolah yang bertungkus lumus membantu menjayakan program gotong-royong ini. Sekian, terima kasih.
Program Bulan Kecergasan 2012
Bulan Julai ini telah dipilih sebagai Bulan Kecergasan Kementerian Pelajaran Malaysia dengan bertemakan " 1Malaysia 1Kecergasan". Di sepanjang bulan Julai, pihak sekolah telah melaksanakan pelbagai aktiviti kecergasan yang melibatkan permainan bola Jaring, sepak takraw, senamrobik dan sukaneka. Aktiviti seperti ini dapat meningkatkan semangat kesukanan dan rasa kekitaan di kalangan warga SKBG dan murid-murid khususnya. Di samping itu juga, program sebegini mampu mengeratkan hubungan sosial antara murid, guru dan warga sekolah. Sekian, terima kasih.
Isnin, 16 Julai 2012
Jamuan Makan Oleh Penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2011
Rasanya masih belum terlambat untuk kita ucapkan tahniah kepada guru-guru yang telah disenaraikan sebagai penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang bagi tahun 2011. Berkat usaha gigih serta sabar dalam menangani kerenah murid-murid akhirnya terbalas jua. Sesungguhnya yang lebih penting dalam mendidik ini adalah jiwa yang ikhlas. Sentiasa IKHLAS DALAM BERAMAL.. InsyaALLAH, Redha ALLAH akan sentiasa bersama kita. Semoga dimurahkan lagi rezeki dan dipanjangkan lagi umur untuk berbakti lagi kepada agama, bangsa dan negara. Senarai pernerima APC pada tahun 2011 adalah:
1. En. Azizuddin bin Osman
2. Pn. Aeliana bt Ahmad
3. Pn. Tan Mon Lee
4. Pn. Rohaidah bt Abdul Rahim
5. Pn. Siti Khadijah bt Zakaria
6. Pn. Haliatun Nisa bt Noor.
Akhir bicara, selamat menjamu selera kepada semua warga SKBG. Sekian, terima kasih.
1. En. Azizuddin bin Osman
2. Pn. Aeliana bt Ahmad
3. Pn. Tan Mon Lee
4. Pn. Rohaidah bt Abdul Rahim
5. Pn. Siti Khadijah bt Zakaria
6. Pn. Haliatun Nisa bt Noor.
Akhir bicara, selamat menjamu selera kepada semua warga SKBG. Sekian, terima kasih.
Pemberian Kurma Sumbangan PIBG kepada Guru dan Staf SKBG
Setelah selesai perhimpunan rasmi pagi tadi, semua guru dan staf berkumpul di kantin bagi menghadiri sedikit majlis ringkas yang disempurnakan oleh YDP PIBG, En. Mohd Bakri bin Abdul Majid. Beliau sebagai YDP PIBG menyampaikan sumbangan buah kurma kepada semua guru dan staf SKBG yang telah banyak memberikan sumbangan mengajar dan mendidik anak bangsa untuk menjadi manusia yang berguna kepada agama, bangsa dan negara. Sumbangan ini juga bagi meraikan Bulan Ramadhan yang bakal kunjung tiba tidak lama lagi. Semoga PIBG dilimpahi dengan rahmat di atas segala usaha dan bantuan yang dihulurkan kepada pihak sekolah. Sekian, terima kasih.
Ahad, 15 Julai 2012
Ujian Saringan LINUS kali-2 2012
Setelah berakhir Program Buah Hatiku Sayang, sepanjang minggu ini akan diadakan Ujian Saringan LINUS kali ke-2 pada tahun ini iaitu melibatkan Saringan 2 Tahun 1 dan Saringan 8 Tahun 3. Ujian ini akan diduduki oleh 67 orang murid LINUS dengan harapan bilangannya akan berkurang pada masa akan datang. Syabas kepada Penyelaras LINUS, Pn. Norizan Saleh yang mengetuai program LINUS ini dari awal perlaksanaannya disertai pula kerjasama erat daripada pasukan guru-guru LINUS yang lain dalam memastikan matlamat SIFAR LINUS sekolah kita tercapai. Semoga usaha murni serta kesabaran kalian dalam mendidik anak bangsa akan menjadi nilai tambah kepada diri sendiri dan orang-orang disekeliling. Sekian, terima kasih.
Jumaat, 13 Julai 2012
Taklimat KSSR/PBS Tahun 1 & 2 oleh Pegawai PPD Kuantan
Bermula jam 8:00 pagi, ibu bapa mula hadir ke sekolah bagi mendengar sesi Taklimat yang disampaikan oleh Pegawai PPD Kuantan. Program ini merupakan suatu program membudayakan dan mempromosi KSSR/PBS di sekolah. Ini adalah seiring dengan kehendak kerajaan untuk memberi pendedahan kepada ibu bapa berkaitan agenda kerajaan Transformasi pendidikan. Sambutan daripada ibu bapa amat menggalakkan. Ramai ibu bapa yang hadir memberikan sokongan kepada program ini. KSSR merupakan penjenamaan semula sistem kurikulum yang sedia ada agar selaras dengan perkembangan arus perdana dalam Sistem Pendidikan di Malaysia.
Khamis, 12 Julai 2012
Dewan Seri Perdana dalam proses pembinaan
Selasa, 10 Julai 2012
Senamrobik Serentak 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia
Seawal jam 6:30 pagi, aktiviti pendaftaran dimulakan. Para jemputan, ibu bapa/penjaga, guru-guru dan murid-murid kelihatan begitu gembira serta tidak sabar untuk memulakan aktiviti senamrobik mereka. Penglibatan ramai kaum ibu dalam aktiviti senamrobik sebegini dilihat amat sihat sekali. Senamrobik pada kali ini diketuai oleh Cikgu Intan Ezura bersama pasukannya Guru Besar,Cikgu Azharuddin, Ustaz Najib, Pn. Siti Khadijah dan Cikgu Afiqah. Pelbagai gaya senamrobik yang dipertontonkan. Aktiviti senamrobik yang diadakan selama lebih kurang 35 minit turut dihadiri oleh AJK PIBG. Setelah selesai aktiviti senamrobik, acara diteruskan lagi dengan acara sukaneka mengikut tahun masing-masing sehingga waktu rehat. Selepas waktu rehat, proses pengajaran dan pembelajaran berlaku seperti biasa.
Isnin, 9 Julai 2012
Pelancaran Bulan Matematik 2012
Guru Besar telah merasmikan Bulan Matematik 2012 disertai dengan gimik pelancarannya melalui potongan riben yang dilakukan semasa sesi perhimpunan pagi tadi. Sepanjang bulan Matematik ini, pelbagai aktiviti telah direncanakan kepada murid-murid. Antaranya :
Tahun 1 : Gerak Asas Matematik (Celik Nombor)
Tahun 2 : Gerak Minda Matematik (Celik Asas Operasi)
Tahun 3 : Gerak Pantas Matematik (Kenal Lattice)
Tahun 4 : Gerak Maju Matematik (Blok Sifir)
Tahun 5 : Gerak Tepat Matematik (Blok Sifir)
Tahun 6 : Gerak Cemerlang Matematik (Pantas Jawab)
Disamping itu juga, diadakan program Gerak Sifir khusus untuk murid tahun 4, 5 dan 6. Ia dilaksanakan pada setiap perhimpunan pagi Khamis selama 5 minit di mana beberapa orang murid akan dipanggil untuk membacakan sifir dan diikuti oleh semua murid lain. Kemudian, beberapa orang murid pula akan disoal secara rawak. Murid yang dapat menjawab sifir dengan betul akan diberikan hadiah. Semoga murid-murid SKBG akan merebut peluang sepanjang bulan Matematik ini untuk menyertai pelbagai acara yang dipertandingkan. Tahniah dan syabas kepada Ketua Panitia Matematik, Pn. Sriyati dan ahli-ahli di bawahnya kerana berjaya merealisasikan Bulan Matematik ini.Sekian, terima kasih.
Tahun 1 : Gerak Asas Matematik (Celik Nombor)
Tahun 2 : Gerak Minda Matematik (Celik Asas Operasi)
Tahun 3 : Gerak Pantas Matematik (Kenal Lattice)
Tahun 4 : Gerak Maju Matematik (Blok Sifir)
Tahun 5 : Gerak Tepat Matematik (Blok Sifir)
Tahun 6 : Gerak Cemerlang Matematik (Pantas Jawab)
Disamping itu juga, diadakan program Gerak Sifir khusus untuk murid tahun 4, 5 dan 6. Ia dilaksanakan pada setiap perhimpunan pagi Khamis selama 5 minit di mana beberapa orang murid akan dipanggil untuk membacakan sifir dan diikuti oleh semua murid lain. Kemudian, beberapa orang murid pula akan disoal secara rawak. Murid yang dapat menjawab sifir dengan betul akan diberikan hadiah. Semoga murid-murid SKBG akan merebut peluang sepanjang bulan Matematik ini untuk menyertai pelbagai acara yang dipertandingkan. Tahniah dan syabas kepada Ketua Panitia Matematik, Pn. Sriyati dan ahli-ahli di bawahnya kerana berjaya merealisasikan Bulan Matematik ini.Sekian, terima kasih.
Khamis, 5 Julai 2012
Karnival Pra Sekolah Peringkat Zon 1
Guru-guru Prasekolah SK LKTP Bukit Goh telah menghantar 5 orang peserta untuk menyertai pertandingan Bijak Prasekolah (Kategori : Bahasa Melayu) yang bertempat di SK Panching. Alhamdulillah, sekolah kita telah muncul sebagai Naib Johan keseluruhan. Tahniah dan syabas kepada guru pra sekolah yang terlibat iaitu Pn. Intan Ezura bt Mohamad Rasit (Pra UM) dan Pn. Noretah bt Md Ali (Pra UKM) serta pembantu Pengurusan Murid (PPM) iaitu Pn. Norzita bt Daud dan Pn. Faridah bt Omar yang telah mendidik murid-murid prasekolah ini sehingga berjaya merangkul kedudukan Naib Johan. Peserta yang telah menyertai pertandingan ini ialah :
1. Nur Syaza Husna binti Mohd Rosdi (Pra UM)
2. Amir Luqman Hakim bin Rosedi (Pra UM)
3. Mohd Fahim Nazhan bin Mahamad Pazli (Pra UKM)
4. Farisya Najwa binti Mat Sophan Sufian (Pra UKM)
5. Nur Asmadhania Qistina bt Azizul (Pra UKM)
Tahnia adik-adik. Moga lebih berjaya lagi di masa akan datang. Sekian, terima kasih.
1. Nur Syaza Husna binti Mohd Rosdi (Pra UM)
2. Amir Luqman Hakim bin Rosedi (Pra UM)
3. Mohd Fahim Nazhan bin Mahamad Pazli (Pra UKM)
4. Farisya Najwa binti Mat Sophan Sufian (Pra UKM)
5. Nur Asmadhania Qistina bt Azizul (Pra UKM)
Tahnia adik-adik. Moga lebih berjaya lagi di masa akan datang. Sekian, terima kasih.
Selasa, 3 Julai 2012
Seminar Impak Tinggi 1 PPD Kuantan
Seramai 10 orang murid tahun enam telah dipilih untuk menghadiri seminar yang telah dijadualkan berlangsung selama 2 hari. Seminar ini diadakan di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Pahang. Seramai 7 orang guru telah ditugaskan untuk mengiringi murid secara bergilir-gilir. Ucapan terima kasih ditujukan kepada YDP PIBG kita yang turut serta dalam seminar yang diadakan ini. Murid-murid yang mengikuti seminar ini ialah :
1. Muhammad Izzuddin bin Saiful Hisam
2. Nur Hidayah binti Abdul Samad
3. Muhammad Alief Amsyar bin Solahudin
4. Farah Wahida bt Khalid
5. Mohd Syauqi bin Mohd Shukry
6. Muhammad Afiq Ikmal bin Ahmad Tarmizi
7. Nor Azleen binti Arafin
8. Ainur Zulaikha bt Zulkipli
9. Muhammad Afzan bin Md Mahazan
10. Muhammad Amzar bin Ahmad
Semoga beroleh banyak manfaat daripada seminar yang diadakan ini. Sekian, terima kasih.
1. Muhammad Izzuddin bin Saiful Hisam
2. Nur Hidayah binti Abdul Samad
3. Muhammad Alief Amsyar bin Solahudin
4. Farah Wahida bt Khalid
5. Mohd Syauqi bin Mohd Shukry
6. Muhammad Afiq Ikmal bin Ahmad Tarmizi
7. Nor Azleen binti Arafin
8. Ainur Zulaikha bt Zulkipli
9. Muhammad Afzan bin Md Mahazan
10. Muhammad Amzar bin Ahmad
Semoga beroleh banyak manfaat daripada seminar yang diadakan ini. Sekian, terima kasih.
Isnin, 2 Julai 2012
Pelancaran Bulan Bahasa Melayu
Panitia Bahasa Melayu telah memilih bulan Julai sebagai bulan Bahasa Melayu. Pelbagai aktiviti ditawarkan kepada semua murid SKBG. Murid-murid hendaklah merebut peluang yang ada bagi menyertai semua pertandingan yang disediakan kerana ganjaran hadiah yang pasti tidak mengecewakan. Antara aktiviti yang telah disusun ialah :
1. Tahun 1,2 dan 3 : PertandinganTulisan Cantik dan Ejaan.
2. Tahun 4, 5 dan 6 : Pertandingan Menulis Karangan, Teka Silangkata dan Ejaan.
Semoga murid SKBG memanfaatkan peluang yang ada. Sekian, terima kasih.
Langgan:
Catatan (Atom)
Catatan Popular
-
Pada hari ini, telah diadakan aktiviti kibar Jalur Gemilang peringkat Sekolah sempena bulan Kemerdekaan dan Hari Kemerdekaan yang baru dirai...
-
Mesyuarat Agung PIBG diadakan 2 kali setahun bertujuan untuk membubarkan AJK yang lama dan digantikan dengan barisan kepimpinan yang baru b...
-
Tema Hari Guru pada tahun ini ialah "Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara". Sambutan Hari Guru...
-
Bermula minggu ini, guru-guru tahun 6 akan mula melaksanakan P n P di dalam kelas tahun 6 mengikut Jadual Anjal yang telah diatur oleh pihak...
-
Bermula jam 8:00 pagi, ibu bapa mula hadir ke sekolah bagi mendengar sesi Taklimat yang disampaikan oleh Pegawai PPD Kuantan. Program ini me...
-
Pada hari ini diadakan majlis ringkas sempena menyambut Bulan Kemerdekaan yang diraikan pada 31 Ogos pada setiap tahun. Pelbagai aktiviti ya...
-
Bermula pada hari Isnin sehingga Khamis, semua murid tahun 3 hingga 6 menduduki Peperiksaan Akhir Tahun. Peperiksaan yang melibatkan kesemua...
-
Pelbagai aktiviti telah dirancang dan akan dilaksanakan sepanjang selepas tamatnya peperiksaan UPSR. Setiap minggu di letakkan dibawah satu ...
-
Seawal jam 6:30 pagi, aktiviti pendaftaran dimulakan. Para jemputan, ibu bapa/penjaga, guru-guru dan murid-murid kelihatan begitu...
-
Murid-murid yang telah dipilih menjadi Pengawas Sekolah dan Pengawas Pusat Sumber Sekolah telah diraikan dalam satu majlis rasmi pemberian w...