Sabtu, 31 Mac 2012

Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-36

Mesyuarat Agung PIBG diadakan 2 kali setahun bertujuan untuk membubarkan AJK yang lama dan digantikan dengan barisan kepimpinan yang baru bergantung kepada keputusan ahli mesyuarat yang hadir. Majlis pada kali ini dirasmikan oleh Yang Berhormat Hj. Md. Sohaimi bin Mohamed Shah DIMP, AMP selaku ADUN Sungai Lembing. Majlis dimeriahkan lagi dengan pelbagai aktiviti persembahan oleh murid-murid SKBG. 

Kehadiran ibu bapa pada kali ini juga amatlah memberangsangkan. Tambahan pula terdapat aktiviti cabutan bertuah yang mampu menarik golongan sasaran kita untuk hadir ke majlis ini. Mesyuarat pada kali ini dihadiri oleh sebahagian besarnya kaum ibu. Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua yang hadir sebagai tanda komitmen mereka dan tanggungjawab sebagai insan yang bergelar ibu dan bapa. 

Terdapat 2 usul baru yang dibawa pada mesyuarat kali ini. Diharapkan agar hasil keputusan mesyuarat ini mampu memberi manfaat kepada semua pihak. Sekian dahulu dari pihak admin. Diakhiri dengan ucapan, Assalamualaikum..

0 comments:

Catat Ulasan

Catatan Popular